TIME merupakan majalah dari Amerika Syarikat yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap tahun, mereka akan mengeluarkan senarai untuk 50 Ciptaan Terbaik bagi tahun-tahun tersebut. Minggu ini, mereka mengumumkan senarai untuk tahun 2018.
Antara yang disenaraikan oleh mereka adalah Nintendo Labo oleh Nintendo dan juga Xbox Adaptive Controller oleh Microsoft. Nintendo Labo diseneraikan di bawah kategori alat mainan, permainan dan hiburan. Manakala, Xbox Adaptive Controller disenaraikan di bawah kategori kebolehcapaian.
Nintendo Labo merupakan cara bermain baharu yang dipekenalkan oleh Nintendo. Ia adalah kit binaan sendiri yang berasakan kadbod. Ia dikeluarkan pada 20 April 2018 iaitu Varitey Kit dan Robot Kit. Manakala Vehicle Kit dikeluarkan pada September lepas.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Nintendo Labo Toy-Con 01: Variety Kit – Pembinaan Menyeronokkan Tetapi Permainan Sangat Ringkas[/info]Xbox Adaptive Controller merupakan alat kawalan yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk Xbox yang boleh diubah dan memfokuskan penggunaan untuk pemain yang kelainan upaya.
Tahniah kami ucapakan dan merasakan mereka memang layak untuk menjadi antara ciptaan terbaik tahun ini bagi kategori masing-masing.