Informasi Permainan Video Terkini
Gone Home Bakal Dilancarkan Di iOS Minggu Hadapan

Gone Home Bakal Dilancarkan Di iOS Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Setelah pelancaran Gone Home di Switch pada September lepas, Annapurna Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut sebagai permua di iOS bermula minggu hadapan.

Gone Home sering dikaitkan sebagai salah satu permainan simulasi perjalanan yang sangat baik dengan bentuk naratif yang sangat mengasyikkan oleh Fullbright. Ianya sudahpun dilancarkan oleh Annapurna Interactive di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Terkini, dengan membawanya ke bentuk permua di iOS, Annapurna Interactive menyatakan bahawa permua tersebut boleh dimainkan di iPad mahupun iPhone dan harga jualannya ialah hanya $4.99(~RM21).

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini di peranti iOS anda, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya bermula 11 Disember 2018 ini.


TIPS & ULASAN