Informasi Permainan Video Terkini
Two Point Melancarkan DLC Bigfoot Buat Two Point Hospital
PC

Two Point Melancarkan DLC Bigfoot Buat Two Point Hospital

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Two Point hari ini melancarkan DLC pernambahan baharu buat permainan simulasi hospital, Two Point Hospital yang dinamakan Bigfoot DLC.

Melalui DLC ini, pemain berupaya untuk mengembara dan mendirikan hospital di rantau yang bersaji dengan 3 hospital baru dan barangan tambahan bersama dengan 34 penyakit khas bertemakan musim sejuk. Menariknya, 9 daripada penyakit tersebut merupakan penyakit baru khas buat DLC ini.

Bagi anda yang berminat, DLC tersebut dijual dengan harga bermula RM23. Namun, sempena pelancarannya, Two Point mengadakan jualan khas dengan harga hanya RM20.70 dan anda boleh dapatkannya melalui laman rasmi Steam permainan tersebut.

Two Point Hospital merupakan permainan simulasi hospital yang dilancarkan Ogos lepas di PC melalui Steam. Ianya mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainan yang diinspirasi daripada permainan Theme Hospital yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 1. Kami juga sebelum ini telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan

Beli : Two Point Hospital Bigfoot


TIPS & ULASAN