Selepas tertiris sebelum ini, Epic Games hari ini mengumumkan mod Creative untuk Fortnite secara rasmi. Creative merupakan satu lagi mod permainan untuk Fortnite seperti Save the World dan Battle Royale.

Melalui mod ini, pemain akan mempunyai pulau sendiri yang pemain boleh mengubah serta membina pelbagai bangunan ataupun hiasan. Pemain juga boleh melakukannya bersama dengan rakan dan pulau tersebut boleh disimpan.

Mod ini akan tiba terlebih dahulu untuk pemain yang memiliki Battle Pass bagi musim ke-7 iaitu esok, manakala ia akan dibuka kepada semua pemain pada 13 Disember 2018.

Mod ini bukanlah event atau mod sementara, akan tetapi akan menjadi mod utama untuk permainan Fortnite. Menurut Epic Games, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan untuk mod ini di masa hadapan.

Sohor Kini