Selain daripada pengumuman Samurai Shodown oleh SNK ketika persidangan IPO di Korea Selatan hari ini, SNK juga berkongsi yang mana mereka kini sedang membangun permainan perlawanan seterusnya buat siri The King Of Fighters iaitu The King Of Fighters XV.

Menurut SNK, mereka menyatakan bahawa ianya akan dilancarkan pada tahun 2020 kelak dan platform buat permainan tersebut masih belum dikongsikan.

The King Of Fighters merupakan siri permainan perlawanan yang sangat terkenal oleh SNK yang mana permainan sebelum ini, The King Of Fighters XIV telahpun dilancarkan di Playstation dan PC.

Seperti biasa bagi sebarang informasi tambahan berkenaannya, akan kami kongsikan setelah SNK mengumumkannya kelak.

Sohor Kini