Lanjutan daripada pengumuman permainan Samurai Shodown baharu oleh SNK sebelum ini, SNK kini berkongsi ketika persidangan IPO mereka yang mana permainan tersebut tampaknya bukan sahaja bakal tiba di Playstation 4, malah ianya juga dibangunkan di PC, Xbox One dan Switch.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Samurai Shodown (Dikenali sebagai Samurai Spirits buat pasaran Jepun) ianya merupakan siri permainan perlawan yang memfokuskan tema samurai dari Jepun.
Terkini melalui permainan Samurai Shodown baharu ini, SNK bakal membawa kembali sebagai bentuk permainan perlawanan secara dua dimensi dan visual grafik 3D yang sangat menarik.
Buat masa ini informasi berkenaan tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada suku kedua bagi tahun 2019.