Skip to main content

Dari satu masalah kepada satu masalah, tampaknya penghujung 2018 ini Bethesda Softworks mungkin menjadi salah satu syarikat permainan video yang sangat kontroversi sejak pelancaran permainan Fallout 76 oleh mereka.

Terkini, Bethesda Softworks secara tidak sengaja membuka akses pentadbiran laman sokongan mereka kepada umum. Ini sekaligus membenarkan pengguna lain untuk mengakses maklumat-maklumat pelanggan lain selepas mereka membuka laporan untuk gantian beg kanvas sebelum ini.

Seorang pengguna Twitter, Jessie Tracy juga berkongsi imej yang mana beliau kelihatan mempunyai akses pentadbiran untuk laman sokongan Bethesda tersebut.

Ini sememangnya adalah satu perkara yang sangat bahaya kerana segala maklumat pembelian oleh pelanggan yang membeli edisi Collectors sebelum ini sudah pasti boleh diakses untuk umum seperti nama, alamat, nombor telefon dan juga kredit kad.

Namun, ketika artikel ini ditulis, Bethesda sendiri telahpun membaiki masalah tersebut dan menurut laporan Kotaku, mereka kelihatan hanya menyatakan bahawa masalah tersebut telah pun dibaiki.

Bagi anda yang membuat laporan melalui laman sokongan Bethesda tersebut, pastikan anda menghubungi pihak Bethesda sama ada maklumat anda tertiris ataupun tidak.

Leave a Reply