Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Memperacahkan Far Cry Bertemakan Pasca-Apokaliptik – Bakal Diumumkan Esok
PC

Ubisoft Memperacahkan Far Cry Bertemakan Pasca-Apokaliptik – Bakal Diumumkan Esok

Diterbitkan pada Dis 6, 2018 oleh .

Ubisoft hari ini mengacahkan Far Cry bertemakan pasca-apokaliptik melalui video acah terbaru mereka. Namun, ianya tidak pasti sama ada ianya adalah permainan Far Cry baharu ataupun DLC pernambahan untuk Far Cry 5.

Berdasarkan video tersebut, ianya memperlihatkan dunia yang seakan selepas peperangan nukluer dan pada kami ianya mempunyai tema hampir seperti Fallout. Selain itu, Ubisoft juga memperlihatkan seseorang dengan bersenjata kelihatan seperti gergaji silang.

Namun buat masa ini, Ubisoft tidak memberi sebarang informasi lanjut dan menurut mereka ianya akan diumumkan esok ketika acara The Game Awards. Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda boleh melihatnya dibawah. Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN