Informasi Permainan Video Terkini
Mod Creative Untuk Fortnite Tertiris – Mod Sandbox Tanpa Had Masa

Mod Creative Untuk Fortnite Tertiris – Mod Sandbox Tanpa Had Masa

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Fortnite sebelum ini hadir dengan mod sementara Playground, iaitu mod yang membenarkan pemain untuk membina menggunakan barangan yang diperoleh di dalam permainan tersebut.

Mod tersebut hanya membolehkan pemain membina untuk sementara waktu sahaja sebelum ia akan dihancurkan dan pemain perlu bermula dari awal semula.

Hari ini, melalui video yang dikeluarkan oleh Lachlan (kemudiannya dibuang) Fortnite tampaknya bakal membawa kembali mod tersebut akan tetapi sebagai mod utama seperti Save the World dan Battle Royale.

Mod yang dipanggil sebagai Creative tersebut merupakan permainan sandbox seakan Minecraft, berbeza dengan mod Playground, pemain boleh menyimpan rekaan dunia tersebut. Selain menggunakan kayu, batu dan besi, pemain juga boleh meletakkan binaan yang sudah disediakan di dalam permainan ini seperti rumah. Pemain juga boleh membina bersama rakan, ataupun melakukan pertempuran Deathmatch menggunakan dunia yang sudah dibina.

Menurut video tersebut, mod ini akan dikeluarkan ‘esok’ akan tetapi kerana video dikeluarkan lebih awal, ramai yang menjangkakan esok yang dimaksudkan adalah pada 7 Disember ini, selepas mod tersebut diumumkan di The Game Awards 2018 serta bersama dengan pengeluaran musim ke-7 untuk Fortnite.


TIPS & ULASAN