Lanjutan daripada isu penundaan DLC percuma pertama Overture buat permainan Battlefield V semalam, EA hari ini akhirnya mengumumkan bahawa DLC tersebut akhirnya dilancarkan dan boleh dimuat-turun sekarang.
https://twitter.com/Battlefield/status/1070242199063941120
Namun, menurut EA, kemaskini tersebut bermula dengan pengguna PC sahaja dahulu dimana buat pengguna konsol ianya akan dilancarkan secara berperingkat. Bagi pemain Playstation 4 ianya akan boleh dimuat-turun pada jam 6 petang dan pemain Xbox One pula pada jam 7 malam hari ini, waktu Malaysia.
Pihak EA mahupun DICE tidak berkongsi atas sebab mengapa penundaan tersebut berlaku semalam. Namun, sekurang-kurang ianya kini sudah tidak menjadi masalah dan pemain berupaya untuk bermainnya secara percuma.
Battlefield V Tides of War Chapter 1: Overture merupakan DLC pertama buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan peta kawasan baharu buat mod multi-pemain dan juga kandungan penceritaan solo ‘War Story’ baharu.
Battlefield V merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua. Ianya dilancarkan oleh EA dan dibangunkan oleh DICE untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan ini telah pun dilancarkan pada 20 November lepas dan ulasannya akan kami kongsikan pada masa akan datang.