Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pertempuran PvP Buat Pokemon GO Bakal Tiba Bulan Ini

Mod Pertempuran PvP Buat Pokemon GO Bakal Tiba Bulan Ini

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Bermula bulan ini, Niantic Labs mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini permua Pokemon Go dengan fungsi mod pertempuran PvP. Melaluinya, pemain akhirnya berupaya untuk bertempur dengna pelatin Pokemon lain dengan menggunakan fungsi Battle Code melalui permua tersebut.

Namun, mod pertempuran buat Pokemon GO adalah berlainan berbanding permainan teras Pokemon yang lain dimana ianya berlaku secara pantas dan masa-nyata.

Menurut Niantic Labs, mereka menggunakan sistem Trainer Battle League untuk memastikan keseimbangan pertempuran tersebut mengikut nilai CP berdasarkan pelatih Pokemon.

Selain itu, pelatih juga berupaya untuk bertempur dengan ketua pasukan di dalam permua ini iaitu Spark, Candela dan Blanche untuk berlatih dan mengetahui selok belok bentuk pertempuran PvP tersebut. Untuk informasi tambahan berkenaannya anda boleh melayari laman rasmi Pokemon Go Live dibawah.

Sudah pastinya ini adalah fungsi yang pasti dinantikan oleh ramai pelatih Pokemon diluar sana. Walaupun begitu, Niantic Labs tidak menyatakan sebarang tarikh pelancarannya, namun menurut mereka ianya pasti bakal tiba bulan ini dan buat anda yang masih belum bermain permua Pokemon GO, anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turunnya di peranti telefon pintar anda.

Android : Pokemon GO

iOS : Pokemon GO


TIPS & ULASAN