Informasi Permainan Video Terkini
Acara Overwatch Winter Wonderland Bakal Kembali Minggu Hadapan
PC

Acara Overwatch Winter Wonderland Bakal Kembali Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Acara bermusim Overwatch Winter Wonderland tampaknya bakal kembali minggu hadapan yang mana kami pasti Blizzard akan menyertakan pelbagai lagi kostum-kostum menarik buat watak permainan tersebut.

Seperti tahun lepas, acara ini adalah bersempena dengan musim perayaan krismas yang mana Blizzard bukan sahaja akan mengubahkan tema persekitaran permainan tersebut dengan perayaan krismas, mereka juga akan menyertakan sebilangan kostum-kostum menarik berdasarnya.

Menurut Blizzard, acara tersebut bakal bermula pada 11 Disember 2018 ini sehinggalah 2 Januari 2019 melalui permainan Overwatch. Dari segi kandungan mahupun bentuk permainan, Blizzard masih belum mengumumkannya lagi. Namun kami percaya mod Yeti Hunter bakal kembal tahun ini.

Overwatch adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN