Informasi Permainan Video Terkini
AirConsole – Main Permainan Di Pelayar Menggunakan Telefon Pintar Sebagai Alat Kawalan
PC

AirConsole – Main Permainan Di Pelayar Menggunakan Telefon Pintar Sebagai Alat Kawalan

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Bermain permainan menggunakan pelayar bukanlah satu konsep baharu akan tetapi ia adalah antara cara yang popular buat satu ketika dahulu, terutama semasa kehangatan permainan berdasarkan Flash.

Walaupun ia tidak lagi menjadi sesuatu yang popular, N-Dream melalui AirConsole ingin mengembalikan kemegahan pelayar sebagai tempat untuk bermain permainan video.

AirConsole merupakan platform di mana beberapa permainan boleh dimainkan menggunakan pelayar. Menariknya, platform ini menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan berbanding menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Untuk bermain, anda perlu melayari laman AirConsole dan menyambung telefon pintar anda (melalui pelayar ataupun aplikasi) dengan menggunakan kod yang disediakan di pelayar. Ia bukan sahaja untuk permainan solo, akan tetapi juga secara permainan multi-pemain.

Setakat ini terdapat lebih 100 permainan yang boleh dimainkan, ia boleh dimainkan secara percuma yang mempunyai beberapa sekatan seperti hanya boleh bermain sehingga 2 orang sahaja dan mempunyai masa menunggu di antara permainan. Manakala, AirConsole Hero membolehkan anda bermain tanpa had dengan bayaran $2.99(~RM12).


TIPS & ULASAN