Skip to main content

Bagi pemain Splatoon 2 diluar sana, Nintendo hari ini mengemaskini permainan tersebut dengan kemaskini 4.3.0 yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan baru buat permainan tersebut.

Antara kandungan baharu yang dikemaskinikan adalah penyertaan senjata baharu Toni Kensa iaitu senjata .52 Gal, Splatlin, Glooga Dualies dan Rapid Blaster. Kesemua senjata tersebut mempunyai kemahirannya sendiri dan rekaan bertemakan Toni Kensa.

Selain itu, Nintendo juga membuat perubahan buat pentas permainan Blackbelly Skatepark yang mana terdapat pengubah-suaian kecil seperti persekitaran dan halangan yang berbeza.

Splatoon 2 merupakan permainan tembak menembak khas di Nintendo Switch yang mana ianya dilancarkan tahun lepas. Permainan tersebut memfokuskan tema warna cat bersama watak-watak inkling, iaitu seekor sotong yang berupaya untuk menukar dari bentuk manusia kepada bentuk sotong. Terkini, permainan tersebut mempunyai pelbagai kandungan dan aktiviti komuniti termasuklah DLC Octo Expansion yang baru sahaja Nintendo lancarkan tahun ini.

Leave a Reply