Skip to main content

Larry Hryb, ataupun lebih dikenali sebagai Major Nelson hari ini mengumumkan tiga lagi permainan yang tiba buat Backward Compatibility buat Xbox One iaitu The Darkness, The Bureau: XCOM Declassified, dan Duke Nukem Forever.

Menariknya, bersempena dengan itu, Microsoft juga mengadakan jualan khas buat permainan-permainan tersebut dimana anda boleh dapatkannya dengan harga promo 3.99$(~RM17) buat pelanggan Xbox Live Gold.

Bagi anda yang meminati siri permainan tersebut, jangan lepaskan peluang untuk bermainnya di konsol Xbox One anda melalui fungsi Backward Compatibility.

Leave a Reply