Permua Final Fantasy XV: A New Empire hari ini dilaporkan bahawa mencapai pendapatan sebanyak RM120 juta pada November lepas. sekaligus ianya berpuratakan RM4 juta sehari sepanjang bulan tersebut.
Menurut laporan Sensor Tower, sebanyak 42% daripada pendapat tersebut adalah pemain daripada Amerika Syarikat dan 28% hanyalah daripada Jepun. 52% daripada pendapat permua tersebut juga melalui iOS dan selebihnya adalah daripada peranti Android.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permua ini, Final Fantasy XV: A New Empire merupakan permua yang berdasarkan permainan terkenal oleh Square-Enix Final Fantasy XV, yang memfokuskan bentuk pembinaan bandaraya. Permua tersebut dilancarkan 2017 lepas dan mana kini, menurut Sensor Tower, ianya telahpun menjana hampir RM2 bilion secara global.
Sememangnya permua ini mendapat sambutan ramai walaupun terdapat beberapa peminat tegar Final Fantasy tidak menyukai permua tersebut. Namun, dengan permua berasaskan mikro-transaksi yang boleh didapati secara percuma di peranti telefon pintar, ianya tidaklah mengejutkan jika ianya mendapat keuntungan yang tinggi secara global.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh muat-turunnya secara percuma dibawah.
[download] Android: Final Fantasy XV: A New Empire [/download] [download] iOS: Final Fantasy XV: A New Empire [/download]