Celeste merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Matt Makes Games. Ia sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 25 Januari lepas.
Selain mempunyai rekaan peringkat yang menarik, Celeste juga dipuji kerana mempunyai pelbagai mod permainan yang menambahkan lagi kandungan permainan tersebut.
Minggu ini, Matt Makes Games mengumumkan kemaskini yang menyertakan mod permainan baharu iaitu Variants. Melaluinya, pemain akan mempunyai beberapa tetapan yang boleh menjadikan permainan tersebut lebih sukar ataupun pelik.
Mod ini hanya boleh digunakan apabila pemain menyelesaikan Side-C buat permainan tersebut. Buat masa ini, ia hanya tiba untuk versi PC manakala versi konsol akan diumumkan kemudian.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Celeste – Antara Permainan Platformer Terbaik Pernah Dikeluarkan[/info]