Skip to main content

Vainglory merupakan salah permainan mudah-alih yang popular di Android dan iPhone. Permua ini adalah dibawah genre MOBA (Multiplayer Online Battle Arena), dimana ia membawakan bentuk permainan 3v3 atau 5v5.

Selain daripada versi Android dan iPhone, pihak Super Evil Megacorp sebelum ini telah memulakan ujian untuk Windows dan Mac, dan kini turut berkongsi perancangan untuk hadir dengan versi konsol.

Walaubagaimanapun, mereka masih tidak mengumumkan apakah konsol yang akan disokong. Berkemungkinan ia akan hadir kepada Nintendo Switch sekiranya dilihat daripada kemudahan untuk membuat perubahan dari permua ke versi Nintendo Switch dari segi bentuk permainan. Tetapi, tidak mustahil juga untuk mereka melancarkan Vainglory versi PlayStation mahupun Xbox.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung 2019 kelak untuk melihat apakah kejutan yang disimpan oleh pembangun Vainglory ini.

Leave a Reply