Skip to main content

Bethesda Softworks hari ini akhirnya melancarkan kemaskini terbaru buat permainan Fallout 76 yang mana menurut mereka ianya akan memperbaiki sebilangan masalah yang terdapat di dalam permainan tersebut disamping menambah beberapa fungsi baharu. Menurut Bethesda, kemaskini tersebut adalah bersaizkan 3GB untuk konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala di PC, ianya hanya bersaizkan 36MB sahaja.

Antara kemaskini yang dilakukan oleh Bethesda Softworks adalah mereka kini tingkatkan barangan simpanan di kem buat pemain daripada nilai 400 kepada 600. Selain itu, mereka juga menyeimbangkan musuh-musuh berkuasa tinggi dan beberapa pembaik-pulih permainan dari segi prestasi dan juga bentuk permainan. Untuk senarai penuh anda boleh melayari laman rasmi Bethesda.

Selain itu, Bethesda Softworks juga menyatakan bahawa mereka akan mengemaskini lagi permainan tersebut pada 11 dan 18 Disember ini dengan pelbagai fungsi baharu termasuklah keupayaan untuk mengubah-suai persekitaran kem pemain.

Fallout 76 adalah permainan terkini bagi siri tersebut yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya telahpun dilancarkan pada November lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telah pun membuat ulasan berkenaan permainan tersebut dan anda boleh membacannya di pautan bawah.

Leave a Reply