Nintendo Switch Online merupakan servis langganan seakan Playstation Plus ataupun Xbox Live Gold bagi konsol Nintendo Switch. Selain dari fungsi utama untuk bermain permainan secara atas-talian, Nintendo juga menyertakan satu aplikasi khas untuk pemain bermain permainan klasik NES di Switch.

Seperti bulan lepas, Nintendo juga hari ini mengumumkan 3 lagi permainan baharu untuk bulan Disember bagi NES. 3 permainan tersebut adalah Wario’s Woods, Ninja Gaiden dan Adventures of Lolo. Permainan tersebut akan tiba pada 12 Disember 2018.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini