Jika anda pernah bermain ataupun membaca ulasan kami berkenaan permainan realiti-maya Déraciné, anda pasti mengetahui berkenaan rujukan ataupun easter egg di dalam permainan tersebut yang berkaitan dengan Bloodborne.
Terkini, melalui laporan Playstation Lifestyle, Hidetaka Miyazaki iaitu pengarah buat permainan Déraciné dan juga Bloodborne menyatakan bahawa rujukan-rujukan yang terdapat di dalam permainan tersebut bukanlah satu acahan untuk sekuel kepada permainan Bloodborne.
Hidetaka Miyazaki menyatakan bahawa rujukan tersebut hanya diletakkan kerana seluruh pasukan pembangun yang membangun permainan tersebut sangat menyukai permainan Bloodborne dan mereka hanya meletakkannya atas sebab tersebut. Kenyataan beliau juga disambung dimana rujukan tersebut bukanlah satu tanda untuk permainan sekuel ataupun Bloodborne 2 malah ianya hanyalah sebuah rujukan sahaja.
Sememangnya ini mungkin adalah berita yang kurang gembira buat mereka yang menanti permainan seterusnya Bloodborne oleh From Software. Walaupun begitu, From Software dan Hidetaka Miyazaki juga kini sedang membangun permainan hasil kerjasama bersama Activision iaitu Sekiro: Shadows Die Twice yang mana ianya bakal tiba Mac ini.
Déraciné adalah permainan realiti-maya oleh From Software yang dibangunkan secara esklusif di Playstation 4 melalui Playstation VR. Kami di Aksiz juga sebelum ini telahpun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dimana anda boleh membaca dan menontonnya dibawah.
Ulasan Déraciné – Permainan Realiti-Maya Oleh From Software Yang Mengecewakan