Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Metroid Prime Trilogy Untuk Switch Akan Tiba Pada Februari 2019

(Ura-ura) Metroid Prime Trilogy Untuk Switch Akan Tiba Pada Februari 2019

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Metroid Prime 4 untuk Switch telah diumumkan oleh Nintendo di acara E3 lepas. Bagi pemain yang tidak pernah mencuba ataupun ingin bermain kembali permainan Metroid Prime sebelum ini, Nintendo mungkin ada sesuatu yang menarik untuk anda.

Berdasarkan penyenaraian oleh INET iaitu sebuah kedai permainan di Sweden, Metroid Prime Trilogy akan dikeluarkan untuk Switch pada 15 Februari 2019. Ia akan menyertakan Metroid Prime, Metroid Prime 2 dan Metroid Prime 3.

Jika penyenaraian tersebut adalah benar, kemungkinan besar Nintendo akan mengumumkan permainan ini di acara The Game Awards 2018 yang bakal berlangsung pada 7 Disember ini.


TIPS & ULASAN