Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mempertontonkan Bentuk Permainan Baharu Buat Resident Evil 2 – Memperlihatkan Ada Dan Tyrant
PC

Capcom Mempertontonkan Bentuk Permainan Baharu Buat Resident Evil 2 – Memperlihatkan Ada Dan Tyrant

Diterbitkan pada Dis 5, 2018 oleh .

Salah satu watak yang pasti menjadi ikutan ramai di dalam siri Resident Evil semestinya adalah Ada Wong yang mana beliau terkenal dengan sifat liciknya di dalam siri permainan tersebut.

Terkini, Capcom mempertontonkan video trailer yang mana mereka memperlihatkan watak Ada Wong dan juga watak musuh Tyrant.

Melaluinya, Capcom juga memperlihatkan sebilangan bentuk permainan bagi Claire dan juga Leon seperti ketika Leon selepas cedera dan berada di pembetung bandar Racoon City bersama-sama Claire bertempur dengan Tyrant. Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan video tersebut anda boleh melihatnya dibawah.

Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung Ogos lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.

PSXSEA 2018 – Pandang Pertama Resident Evil 2


TIPS & ULASAN