Skip to main content

Bagi anda yang membesar di zaman awal tahun 2000, anda pasti menyukai permainan Tony Hawk Pro Skater di Playstation 1 dimana ianya adalah salah satu permainan papan luncur yang sangat menarik di konsol tersebut.

Terkini, tampaknya permainan Tony Hawk bakal dilancarkan sebagai permua di peranti telefon pintar iOS dan Android iaitu Tony Hawk’s Skate Jam dan menurut senarai permainan tersebut, ianya bakal dilancarkan pada 13 Disember 2018.

Melalui senarai permainan tersebut di Google Play Store, Tony Hawk’s Skate Jam akan menyertakan mod kerjaya, pertandingan dan juga keupayaan untuk menukar jenis-jenis papan luncur dengan lebih dari 15 taman permainan yang pemain boleh berluncur.

Tony Hawk’s Skate Jam dikeluarkan oleh Maple Media, dimana mereka juga sebelum ini terlibat dengan permainan papan luncur lain seperti Skateboard Party.

Menariknya juga, Tony Hawk’s Skate Jam akan dilancarkan secara percuma dan buat mereka yang tidak sabar untuk bermainnya, pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui laman rasmi permua tersebut.

[info] iOS : Tony Hawk’s Skate Jam [/info] [info] Android : Tony Hawk’s Skate Jam [/info]

Leave a Reply