Skip to main content

Bagi anda yang menggemari permainan Ubisoft seperti Far Cry serta Assassin’s Creed antara perkara utama yang dilakukan adalah mempunyai akaun Ubisoft Club.

Melalui akaun tersebut, pemain bukan sahaja dapat melihat sejarah serta pencapaian mereka untuk sesuatu permainan, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Club Units iaitu matawang yang diperoleh dengan bermain serta membeli permainan melalui Ubi Store.

Matawang ini boleh digunakan untuk mendapat pelbagai barangan di dalam permainan bagi permainan Ubisoft. Sebelum ini, Units tidak mempunyai sebarang tarikh tamat tempoh dan anda boleh menyimpannya. Kini, Ubisoft mengumumkan bermula 1 April 2019, Club Units akan tamat tempoh selepas 2 tahun ia diperoleh.

Anda boleh memeriksa baki anda dengan melayari laman Ubisoft Club. Club Units yang anda peroleh sebelum dan semasa 31 Mac 2017 akan tamat tempoh apabila sistem ini diperkenalkan pada 1 April 2019 kelak. Pastikan anda memeriksanya agar tidak kehilangan Units tersebut.

Leave a Reply