Skip to main content

Crash Team Racing iaitu permainan perlumbaan yang dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas tampaknya kini mungkin akan dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan.

Melalui laporan Eurogamer, mereka mempertunjukkan seorang penggalak permainan terkenal, Hollie Bennet berkongsi satu imej yang kelihatan sebuah dadu yang berwarna oren. Dadu tersebut merupakan perhiasan kenderaan yang sering digunakan oleh pemandu untuk diletakkan di cermin pandang belakang kereta dan ianya juga berwarna seakan warna bulu Crash Bandicoot. Sekaligus ianya dikatakan adalah satu imej acah untuk permainan Crash Team Racing.

Tambahan itu, tampaknya Eurogamer juga menyatakan bahawa ura-ura tersebut adalah betul dan Activision akan mengumumkannya ketika acara The Game Awards yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Selain itu, kami juga pernah melaporkan bahawa permainan perlumbaan Crash Bandicoot juga pernah tersenarai di kaji selidik oleh Playstation.

Walaupun begitu, ini hanyalah masih lagi sebuah khabar angin dan Activision masih belum mengumumkannya lagi. Sama-sama kita nantikan ketika acara The Game Awards pada hari Jumaat ini untuk melihat adakah ianya benar ataupun tidak.

Leave a Reply