Thronebreaker: The Witcher Tales merupakan permainan RPG dan permainan kad yang dibangunkan serta dikeluarkan oleh CD Projekt Red. Ia adalah permainan yang berlaku di dalam dunia siri permainan The Witcher oleh mereka.
Ia sudah dikeluarkan untuk PC pada 23 Oktober lepas, kini seperti yang diumumkan sebelum ini, ia akhirnya dikeluarkan untuk konsol Playstation 4 dan Xbox One.
Permainan tersebut boleh didapati melalui Playstation Store dengan harga RM124 dan di Microsoft Store dengan harga $29.99(~RM124). Versi PC dijual di GOG dan juga Steam dengan harga RM124.99.
Kami sebelum ini sudah mengulas permainan ini untuk versi PC dan sangat menyukainya, terutama kerana penceritaan yang disertakan sangat menarik.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Thronebreaker: The Witcher Tales – Permainan Kad RPG Dengan Penceritaan Berkualiti[/info]