Selepas kejayaan permainan Omensight di konsol Playstation 4 dan PC Mei lepas, hari ini Spearhead Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut di konsol Switch pada minggu hadapan.

Omensight merupakan permainan yang dibangunkan oleh Spearhead Games yang mana mereka terkena dengan permainan Stories: The Path of Destinies. Melalui edisi Definitive ini, Spearhead Games menyatakan mereka akan mengemaskini sebilangan bentuk permainan tersebut termasuklah kandungan pasca-permainan.

Omensight akan meletakkan pemain utnuk mengawal seorang Harbinger, yang mana beliau adalah seorang pendekar yang kuat dan berada diluar kawasan masa. Pemain perlu mengembara dan menyelamatkan satu kawasan yang bernama Urralia daripada ia dimusnahkan.

Pemain juga berupaya untuk mengawal masa untuk melihat penceritaan melalui pelbagai perspektif. Pada masa yang sama permainan ini juga mempunyai bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan pedang dan juga magis.

Bagi anda yang berminat, permainan akan dijual dengan harga $19.99(~RM84) melalui Nintendo eShop dan ianya akan dilancarkan pada 13 Disember 2018 ini.

Sohor Kini