Skip to main content

Analogue hari ini mengumumkan konsol retro edisi terhad khas iaitu Super Nt edisi Ghostly, dimana ianya merupakan konsol khas yang berupaya untuk mainkan permainan SNES melalui katrij di TV moden.

Melalui edisi terhad ini, Analogue berkerjasama bersama Ghostly LE iaitu pengeluar label rekod terkenal dan melalui edisi konsol retro ini, ianya akan menyertakan muzik dan animasi pembukaan khas.

Sememangnya konsol ini adalah berdasarkan konsol keluaran Analogue yang sebelum ini iaitu Super Nt, namun melalui edisi Ghostly ini selain daripada muzik dan animasi pembukaan yang berlainan, Analogue juga menyertakan rekaan berwarna putih bersama dengan label logo di hadapan.

Selain itu, Analogue juga akan menyertakan alat kawalan khas secara nirwayar oleh 8bitdo bersama penyesuai juga dengan rekaan yang berwarna putih.

Menurut Analogue, Super Nt edisi Ghostly ini hanyalah terhad kepada 1000 unit sahaja dan ianya akan dijual dengan harga $249.99(~RM1042). Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol ini, anda boleh menempahnya melalui laman rasmi Analogue.

Leave a Reply