Skip to main content

EA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menundakan DLC percuma pertama buat Battlefield V iaitu Overture dimana DLC tersebut dirancang untuk dilancarkan hari ini.

https://twitter.com/Battlefield/status/1069708134426533890

Menurut EA, DLC tersebut mempunyai isu berkenaan masalah teknikal permainan sekaligus mereka mengambil keputusan untuk menundakannya. Sememangnya ianya adalah satu pilihan yang baik untuk menundakannya daripada melancarkan kemaskini yang mempunyai pepijat.

Namun, buat masa ini EA masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancaran mahupun sebarang informasi berkenaannya. Menurut EA, mereka tidak akan menundakannya dalam tempoh masa yang lama dan sebarang pengumuman lanjut mereka akan kongsikan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, EA juga berkongsi garis masa kemaskini DLC buat Battlefield V yang mana mod pertempuran royale Firestorm buat permainan tersebut bakal tiba Mac 2019 ini.

Battlefield V merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua. Ianya dilancarkan oleh EA dan dibangunkan oleh DICE untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan ini telah pun dilancarkan pada 20 November lepas dan ulasannya akan kami kongsikan pada masa akan datang.

Leave a Reply