Hari ini melalui akaun Twitter rasmi Fortnite, Epic Games mengacahkan musim ke-7 buat permainan Fortnite dimana mereka memuat-naik satu imej yang mana kelihatan seakan watak berelemenkan ais. Selain itu, terdapat juga watak kecil di imej tersebut kelihatan sedang ais skating.
A bitter ice spreads… 3 days to Season 7. pic.twitter.com/yj70svBXti
— Fortnite (@FortniteGame) December 3, 2018
Di kenyataan tweet tersebut, Epic Games juga menyatakan bahawa musim ke-7 buat Fortnite sememangnya akan bertemakan ais dan ianya bakal tiba 3 hari lagi, iaitu pada 6 Disember ini. Sekaligus, bagi anda yang masih belum memiliki barangan-barangan dari musim ke-6, anda hanya tinggal 3 hari sahaja untuk mendapatkan barangan tersebut.
Thursday during #TheGameAwards don't miss a @fortnitegame announcement and world premiere from Epic's @DonaldMustard, streaming live at 9 PM ET / 6 PM PT everywhere. And oh yeah, keep your game close. #WorldsWillChange pic.twitter.com/hh7VQNpLD1
— Geoff Keighley (@geoffkeighley) December 3, 2018
Tambahan itu, Geoff Keighley juga menyatakan bahawa ketika acara The Game Awards yang bakal berlangsung Jumaat ini, Epic Games juga bakal mengumumkan sesuatu berkenaan permainan tersebut. Kami percaya ianya adalah berkaitan dengan musim ke-7 buat Fortnite.
Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang pengumuman menjelang acara tersebut diumumkan kelak. Pastikan anda terus mengikuti perkembangannya bersama kami di Aksiz.