Informasi Permainan Video Terkini
MechWarrior 5: Mercenaries Akan Dilancarkan Pada September 2019
PC

MechWarrior 5: Mercenaries Akan Dilancarkan Pada September 2019

Diterbitkan pada Dis 4, 2018 oleh .

Lanjutan berkenaan permainan MechWarrior 5: Mercenaries ditunda sehingga tahun hadapan, terkini Piranha Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut yang mana ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada 10 September 2019 ini.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara MechCon 2018 di Kanada minggu lepas dimana bersempena dengan pengumuman itu, Piranha Games juga mempertontonkan trailer terbaru khas buat permainan tersebut.

Melaluinya, mereka memperlihatkan bentuk bertempuran permainan tersebut bersama-sama dengan bentuk penyelenggaraan. Menurut Piranha Games, permainan tersebut juga akan mempunyai sokongan mod bersama-sama dengan mod multi-pemain secara koperasi.

Bagi anda yang meminati siri permainan ini, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya menjelang September tahun hadapan.


TIPS & ULASAN