Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Kini Memiliki Hak Intelek Untuk Permainan Carmageddon

THQ Nordic Kini Memiliki Hak Intelek Untuk Permainan Carmageddon

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Jajahan THQ Nordic tampaknya tidak berhenti dimana hari ini mereka mengumumkan bahawa mereka kini memiliki hak intelek untuk siri permainan Carmageddon daripada pembangunnya Stainless Games.

Carmageddon adalah siri permainan pertempuran berasaskan kenderaan kereta dimana siri tersebut telah dilancarkan sejak tahun 1997. Permainan terkini buat siri tersebut iaitu Carmageddon: Max Damage dilancarkan pada 2016 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC.

THQ Nordic sebelum ini memiliki hak intelek untuk permainan seperti Alone In The Dark dan Goat Simulator kali tampaknya mereka akan meluaskan lagi permainan-permainan yang dimiliki oleh mereka.

Sebelum ini kami juga melapor bahawa mereka kini sedang membangunkan 55 permainan yang mana pastinya merupakan antara permainan-permainan berdasarkan hak intelek yang dimiliki oleh mereka baru-baru ini. Permainan terbaru oleh mereka, iaitu Darksiders 3 juga baru sahaja dilancarkan November lepas.


TIPS & ULASAN