Hajime Tabata, iaitu pengarah untuk permainan Final Fantasy XV meninggalkan Square-Enix pada bulan lepas. Kini lepas sebulan pengumuman tersebut, beliau akhirnya berkongsi projek terbaru beliau iaitu syarikat permainan beliau sendiri yang dinamakan JP Games.
Buat masa ini, Hajime Tabata tidak berkongsi sebarang pengumuman lanjut berkenaannya dan menurut kenyataan beliau di Facebook rasmi beliau, JP Games dirancang untuk dilancarkan secara rasmi pada Januari 2019 kelak.
Menariknya, Square-Enix hari ini baru sahaja mengumumkan ketua terbaru buat Luminous Productions iaitu bekas studio Hajime Tabata di Square-Enix.
Sememangnya ini merupakan satu perkara yang menarik dimana Hajime Tabata iaitu salah seorang pengarah permainan yang terkenal kini akhirnya bakal bergerak secara sendiri di industri permainan video ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya oleh beliau dan kami di Aksiz juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat JP Games.