Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa Hajime Tabata meninggalkan Square-Enix dan juga Luminous Production.
Terkini, syarikat tersebut akhirnya mengumumkan ketua yang baru iaitu Takeshi Aramaki dimana beliau merupakan bekas ketua pengaturcara untuk permainan Final Fantasy XV.
Luminous Productions merupakan studio pembangun sebahagian daripada Square-Enix yang mana mereka bertanggung jawab untuk DLC episod Ardyn bagi Final Fantasy XV dan ianya mula ditubuhkan pada awal tahun ini.
Selain itu, studio tersebut juga sebelum ini dilaporkan sedang membangunkan permainan untuk Playstation 5. Walaupun begitu, informasi berkenaannya masih belum dikongsikan lagi.
Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Takeshi Aramaki di Luminous Productions.