Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Disenaraikan Sebagai Permua Terbaik Google Play Store 2018

PUBG Mobile Disenaraikan Sebagai Permua Terbaik Google Play Store 2018

Diterbitkan pada Dis 3, 2018 oleh .

Google hari ini telah mengeluarkan senarai untuk aplikasi popular pada Google Play Store sepanjang 2018. Disenaraikan padanya adalah termasuk permua terbaik Google Play Store untuk tahun 2018.

Daripada apa yang dikeluarkan pihak Google, mereka menyenaraikan PUBG Mobile sebagai permua terbaik di platform berkenaan sepanjang tahun 2018 ini.

Malah, PUBG Mobile juga turut dipilih sebagai “Permainan Pilihan Peminat” untuk tahun 2018 ini.

PUBG Mobile Best Game

PUBG Mobile merupakan salah satu permua terbitan Tencent yang membolehkan sekitar 100 pemain terjun disuatu kawasan peta, dan bersaing untuk menjadi yang paling terakhir kekal hidup. PUBG sebelum ini pada tahun lepas mencuri perhatian di arena PC, dan kini nampaknya ia lebih popular di peranti mudah-alih.

Pesaing terdekatnya, Fortnite dilihat tidak disenaraikan kerana ia tidak ditawarkan melalui Google Play Store.

Google Play Store : Permua Terbaik 2018


TIPS & ULASAN