ConcernedApe atau lebih dikenali sebagai Eric Barone hari ini mengumumkan bahawa beliau akan berpisah dengan penerbit permainan Chucklefish untuk penerbitan permainan Stardew Valley di PC, Playstation 4, Playstation Vita dan Xbox One bermula 14 Disember ini.
Namun, menurut beliau, bagi penerbitan permainan tersebut di Switch, Android dan iOS Chucklefish masih lagi akan menerbitnya di platform tersebut.
Menurut Chucklefish, ini bukanlah sesuatu yang negatif malah Eric Barone mengatakan bahawa beliau bersedia untuk bergerak secara bebas dan mereka menghormati pilihan beliau. Tambah Eric Barone, beliau juga akan mengumumkan sesuautu berkenaan permainan tersebut dalam masa terdekat ini.
Sememangnya ini adalah satu kejayaan untuk pembangun indie menerbitkan permainan mereka sendiri dan ianya tidaklah begitu mengejutkan memandangkan versi permua Stardew Valley yang baru sahaja dilancarkan Oktober lepas menjana sehingga RM4 juta dalam masa 3 minggu.
Kami di Aksiz juga mengucapkan selamat maju jaya buat Eric Barone untuk permainan Stardew Valley beliau.