Sebelum ini Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan watak DLC musim kedua buat permainan perlawanan Tekken 7 dimana salah satu watak yang bakal tiba adalah Negan daripada siri TV The Walking Dead.

Selain daripada watak Anna dan Lei, terkini Bandai Namco akhirnya mengumumkan kesemua watak buat musim kedua permainan tersebut iaitu Craig Marduk, Armor King dan Julia Chang.

Bagi anda yang berminat, watak Anna, Lei, Craig Marduk dan Armor King sudah pun dilancarkan sebagai DLC tambahan dimana anda boleh membelinya dengan harga RM20 setiap satu. Namun Bandai Namco juga menyertakan berkas secara bersama melalui pas musim dengan harga bermula RM89.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi keseluruh video acah watak-watak yang diumumkan, anda boleh menontonnya dibawah.

Sohor Kini