Skip to main content

Sebelum ini, Campo Santo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Firewatch di konsol Switch yang mana kini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan iaitu pada 17 Disember 2018 ini.

Menurut Campo Santo, permainan tersebut akan dilancarkan secara digital dimana ianya akan dijual dengan harga $19.99(~RM84) melalui NIntendo eShop.

Firewatch merupakan permainan pengembaraan yang bertempatkan di tahun 1989 dimana anda akan bermain sebagai seorang pegawai penjaga hutan dimana dan anda akan dibantu oleh seorang lagi pegawai bernama Delilah melalui panggilan radio. Sepanjang permainan tersebut, anda perlu menyelesai sebilangan misteri bersama meneroka kawasan-kawasan hutan Wyoming.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 2016 lepas.

Leave a Reply