Informasi Permainan Video Terkini
Override: Mech City Brawl – Permainan Perlawanan Robot Mecha Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Override: Mech City Brawl – Permainan Perlawanan Robot Mecha Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Dis 1, 2018 oleh .

Lanjutan daripada laporan kami berkenaan permainan Override: Mech City Brawl sebelum ini, akhirnya permainan tersebut bakal tiba minggu hadapan iaitu pada 4 Disember ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bersempena dengannya, Modus Games, pengeluar permainan tersebut hari ini berkongsi satu video khas pelancaran permainan tersebut.

Override: Mech City Brawl akan meletakkan pemain sebagai pemandu robot mecha. Terdapat 12 jenis robot pemain boleh pandu dan menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan mod perlawanan antara pemain lain secara multi-pemain dan juga mod secara pembahagian skrin. Mereka juga akan menyertakan mod penceritaan dan juga mod koperasi yang membolehkan empat pemain untuk mengawal satu robot.

Menariknya juga, permainan ini juga akan membenarkan pemain untuk mengubah-suai pelbagai jenis  mengubah-suaian kelengkapan robot melalui mod The Garage. Selain itu, The Balance juga akan menyertakan pelbagai lokasi ikonik dari dunia nyata seperti bandaraya Tokyo, San Francisco dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Override: Mech City Brawl menjelang 4 Disember ini.


TIPS & ULASAN