Skip to main content

Rare minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kemaskini terbaru buat permainan Sea Of Thieves yang mana dipanggil Shrouded Spoils. Menurut mereka, kemaskini tersebut akan memberi lebih cabaran kepada pemain bersama-sama dengan kandungan baru.

Melalui kemaskini ini, Rare menyatakan bahawa kabus kini berupaya untuk tiba sama ada di laut ataupun ditanah. Mereka juga membawa barangan baru buat Merchant Allience seperti Mega-Keg,Crate of Ancient Bone Dust dan sebagainya.

Kubu rangka juga kini ditambah bersama-sama dengan kapal rangka yang mempunyai tahap agresif yang berbeza. Tambahan itu pengubah-suaian kapal, meriam dan sebagainya juga dilancarkan bersama.

Akhir sekali buat mereka yang menyukai untuk bertempur dengan Kraken dan Megalodon, Rare juga memberi peluang yang lebih dengan kemunculan Kraken adalah lebih tinggi bersama-sama dengan pelbagai bentuk Megalodon juga ditambah. Rare juga menyatakan mereka akan menyediakan pelbagai ganjaran buat mereka yang mengalahkan raksasa-raksasa tersebut.

Sebelum ini, Rare dan Microsoft juga mengumumkan kemaskini The Arena juga bakal tiba pada awal depan.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal. Ianya merupakan permainan esklusif untuk Xbox One dan PC.

Leave a Reply