Informasi Permainan Video Terkini
GRID Autosport Diumumkan Untuk Nintendo Switch – Bakal Tiba Tahun Hadapan

GRID Autosport Diumumkan Untuk Nintendo Switch – Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 1, 2018 oleh .

Codemasters hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan perlumbaan GRID Autosport ke konsol Switch melalui Nintendo eShop menjelang 2019 ini.

Grid Autosport merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan bentuk kenderaan dan kawalan secara realistik. Melalui permainan ini, pemain akan berlumba dan membina kerjaya pemain sebagai seorang pelumba profesional.

Grid Autosport asalnya dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360,PC dan termasuklah versi permua di iOS yang dilancarkan tahun lepas. Menurut Codemasters, versi Switch buat permainan tersebut akan dibangunkan oleh Feral Interactive, iaitu studio pembangun yang terlibat untuk membawa permainan ini ke versi permua di iOS.

Nantikan permainan perlumbaan ini menjelang tahun hadapan di Switch.


TIPS & ULASAN