Penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Rastakhan’s Rumble sudah diumumkan semasa acara Blizzcon pada awal bulan ini. dah penambahan ini akan tiba secara rasmi pada 4 Disember 2018.
Selepas pengumuman berkala sebelum ini, minggu ini Blizzard akhirnya memperlihatkan kesemua 135 kad yang akan hadir ke dalam Hearthstone melalui penambahan ini.
Seperti biasa melalui penambahan ini mereka menyertakan pelbagai kad baharu yang di harap dapat mengubah meta untuk permainan ini. Buat masa sekarang, meta agak membosankan dan tidak banyak variasi dek yang menarik ada.
Penambahan ini juga memperkenalkan kata kunci baharu iaitu Overkill. Ia akan melakukan sesuatu apabila anda menyerang lawan yang mempunyai nyawa kurang daripada kuasa serangan kad anda. Ia sudah semestinya menarik dan menggalak pemain untuk menyerang kad lain berbanding menyerang hero.
Promosi pra-tempah juga masih berlangsung iaitu 17 pek bersama dengan hiasan kad dengan hargam RM79.90 serta 50 pek bersama hiasan kad dan King Rastakhan iaitu hero untuk kelas Shaman dengan harga RM199.90. Harga berdasarkan iOS.
[info]Hearthstone: Rastakhan’s Rumble[/info]