Skip to main content

Life is Strange 2 episod pertama iaitu Roads sudah dikeluarkan pada 27 September 2018. Permainan yang akan mempunyai 5 episod ini, masih tidak mengumumkan tarikh pengeluar buat episod-episod tersebut.

Namun, hari ini melalui kemaskini pembangun, Dontnod Entertainment mengumumkan yang episod ke-2 iaitu Rules akan dikeluarkan pada Januari 2019. Maklumat lanjut akan dikongsikan pada pertengahan bulan Disember.

Selain itu, mereka juga mengatakan siri permainan Life is Strange adalah istimewa bagi mereka, oleh disebabkan itu mereka tidak ingin gopoh untuk mengeluarkan episod-episod tersebut ia juga mengapa mereka masih tidak mengumumkan tarikh pengeluaran untuk episod lain.

Life is Strange 2 merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada dua watak iaitu Sean dan Daniel. Kami sudah mengeluarkan ulasan buat episod pertamam permainan ini, dan merasakan ia satu permainan yang baik tetapi jalan cerita yang perlahan. Ia sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Life is Strange 2 – Episod 1: Roads[/info]

Leave a Reply