Di acara E3 Jun lepas, Bethesda mengumumkan permainan mudah alih The Elder Scrolls: Blade akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada suku keempat tahun ini. Namun, melalui kuciran di akaun Twitter siri The Elder Scrolls, mereka mengumumkan ia akan tiba pada awal tahun 2019.
Permua ini mengandungi pelbagai mod permainan yang memfokuskan pertempuran satu lawan satu menggunakan pedang dan juga pelbagai kuasa. Melalui permua ini anda boleh mengembara untuk mencari pelbagai sumber bagi meningkatkan keupayaan anda dan juga untuk membina perkampungan.
The Elder Scrolls: Blades will release in Early 2019 for iOS and Android devices. We are incredibly excited for you to play Blades and you can still sign up for Early Access at https://t.co/uuFPob6YWJ.
— The Elder Scrolls (@ElderScrolls) November 29, 2018
Terdapat juga mod Abyss yang pemain akan bertempur mengikut peringkat untuk menguji kemahiran anda dan juga mod Arena pemain akan bertempur dengan pemain lain. Permua ini boleh dimainkan sebelah tangan secara menegak ataupun dua tangan secara mendatar.
Selain itu mereka juga mengumumkan yang anda masih boleh pra-daftar untuk mencuba permainan tersebut dengan lebih awal di laman rasmi The Elder Scrolls: Blade.