Bandai Namco hari ini mengumukan permainan Girls und Panzer: Dream Tank Match DX akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 21 Februari 2019. Menariknya, permainan tersebut akan tiba di pasaran Malaysia dan Bandai Namco akan menyediakan sarikata bahasa Inggeris secara bersama.
Girls und Panzer: Dream Tank Match DX merupakan edisi lengkap bagi permainan Girls und Panzer: Dream Tank Match yang mana ianya dilancarkan awal tahun ini di Playstation 4.
Menariknya, melalui versi Switch, Bandai Namco akan menyediakan 4 watak baru berdasarkan siri anime asalnya, GIRLS und PANZER das FINALE Episode 1: BC Freedom Academy iaitu Mary, Andou, Oshida dan Ogin daripada Oarai Girls bersama-sama dengan pelbagai kostum baru.
Bandai Namco juga akan menyertakan kereta kebal baru iaitu MK.IV, Renault FT-17, S35 dan ARL 44 bersama-sama dengan mod Panzerfahren Festival dimana pemain berpeluang untuk bertempur seakan bentuk pertandingan.
Selain daripada pernambahan visual 3D model baru Tank Commanders, versi Switch juga akan menyokong bentuk multi-pemain secara luar-talian sehingga 8 pemain serentak.
Menariknya, bagi mereka yang sudah mempunyai permainan tersebut di Playstation 4, Bandai Namco juga akan melancarkan DLC berbayar khas yang mana ianya akan menyertakan fungsi-fungsi dan kandungan baru DX buat permainan tersebut.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bertempur di dalam kereta kebal bersama-sama gadis anime tersebut di Switch, menjelang Februari kelak.