Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Disember 2018 ini.
Sony menyertakan sebanyak empat permainan dan boleh di muat turun bermula 6 Disember 2018 sehingga 9 Januari 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah;
- Gravity Rush 2 (PS4)
- God Eater 2 Rage Burst (PS4, Vita)
- Katamari Damashii No Vita (Vita)
- Wizardry The Prisoners of the Lost City (PS3)
Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Déraciné dan Spacewalk Dynamic buat konsol Playstation 4. Tambahan itu, Sony juga akan menyertakan aplikasi muzik khas Distant Worlds Final Fantasy Jiritsu secara bersama.
Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan November, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 5 Disember ini.