Informasi Permainan Video Terkini
PUBG Mobile Mencatat Pendapatan Lebih Tinggi Berbanding Fortnite Buat Pertama Kali Minggu Lepas

PUBG Mobile Mencatat Pendapatan Lebih Tinggi Berbanding Fortnite Buat Pertama Kali Minggu Lepas

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Sensor Tower minggu ini melaporkan anggaran untuk jumlah pendapatan bagi PUBG Mobile dan Fortnite untuk minggu lepas, iaitu minggu Black Friday.

PUBG Mobile dilaporkan mencatat pendapat sebanyak $12 juta(~RM50 juta) untuk minggu lepas, iaitu peningkatan sebanyak 166% berbanding minggu sebelum ini.

Ia juga 43% lebih tinggi berbanding pendapatan Fortnite di iOS (Fortnite tidak menggunakan Google Play oleh disebabkan itu data untuk Android tidak disertakan).  Jika hanya mengambil pendapatan di iOS sahaja, PUBG Mobile masih lagi mencatat pendapatan lebih tinggi tetapi sebanyak 20% sahaja berbanding pertempuran royale oleh Epic Games tersebut.

Sejak dikeluarkan, ini adalah pertama kali PUBG Mobile mencatat pendapatan lebih tinggi berbanding Fortnite yang terus mengungguli dari segi jumlah pendapatan.


TIPS & ULASAN