Memandangkan acara Playstation Experience tidak akan diadakan oleh Sony pada hujung tahun ini, penggalak permainan video terkenal, iaitu Greg Miller mengumumkan bahawa akan mengadakan acara mereka sendiri di saluran rasmi Twitch, Kinda Funny Game dimana mereka akan berkongsi sebilangan pengumuman permainan video baharu.
Greg Miller, iaitu pengasas Kinda Funny mengatakan bahawa acara Kinda Funny Games Showcase tersebut akan diadakan pada jam 2 pagi pada 9 Disember 2018 ini (Waktu Malaysia) dan anda boleh menontonnya secara rasmi di saluran rasmi Twitch Kinda Funny Games.
Menurut beliau, acara tersebut akan berkongsi pelbagai pengumuman terbaru oleh pelbagai pembangun permainan video seperti permainan atau kemaskini terbaru di industri permainan video terkini.
The current #KFGShowcase game count: 63 pic.twitter.com/XWHgbtz0hi
— Greg Miller (@GameOverGreggy) November 16, 2018
Acara tersebut akan disiarkan beberapa hari selepas acara The Game Awards yang mana sebelum ini dinyatakan akan terdapat 10 permainan baru yang akan diumumkan. Namun, menurut Greg Miller acara tersebut akan mempunyai lebih dari 60 permainan yang akan diumumkan.
You know what. You’ve convinced us. Sure!
— SEGA (@SEGA) November 27, 2018
Menariknya juga, SEGA juga tampaknya akan berkongsi pengumuman baru berkenaan permainan Yakuza bersempena dengan acara tersebut.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara tersebut dimana kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk menontonnya. Bagi anda yang tidak ingin berjaga malam, anda tidak perlu risau dimana kami di Aksiz akan mengemaskini kesemua pengumuman yang bakal diumumkan ketika acara tersebut di sini.