Informasi Permainan Video Terkini
Filem Star Wars Yang Asal Akan Hadir Dalam Bentuk Animasi Pendek

Filem Star Wars Yang Asal Akan Hadir Dalam Bentuk Animasi Pendek

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Filem Star Wars pertama mula ditayangkan pada tahun 1977, ia berjudul Star Wars: A New Hope. Filem ini walaupun adalah satu filem yang hebat, tetapi untuk ditonton semula pada tahun 2018-2019 – ia boleh dikatakan sudah lapuk. Bukan kerana jalan cerita tetapi kualiti dan format videonya. Walaupun sudah ada dalam format HD, ia masih lagi pixelated, bergaris-garis dan kelihatan klasik.

Disebabkan Disney berhasrat untuk memperkenalkan francais Star Wars kepada kanak-kanak dan filem Star Wars juga mempunyai durasi yang agak panjang – mereka hadir dengan Star Wars: Galaxy of Adventures. Star Wars: Galaxy of Adventures adalah siri animasi pendek yang diadaptasi dari filem-filem asal Star Wars. Adegan-adegan utama yang memberi impak dalam filem ini akan hadir dalam siri animasi ini.

Disney mensasarkan kanak-kanak yang berpotensi untuk menjadi peminat Star Wars. Siri animasi ini juga dikatakan mempunyai durasi sekitar 30 minit satu episod dan akan mula ditayangkan di YouTube Star Wars Kids bermula 30 November ini. Untuk peringkat awal, sebanyak 6 episod pendek akan ditayangkan terlebih dahulu. Episod-episod lain akan diumumkan kelak melalui laman web khas mereka.

Walaupun Disney mensasarkan kanak-kanak dari usia sekitar 5 tahun dan disebabkan ia adalah Star Wars – tidak hairan jika ada dari kalangan dewasa turut akan mengikuti siri ini.


TIPS & ULASAN